Thursday 25 August 2011

German Cookies

Assalamualaikum semua

Akak dah buat auto post tentang biskut german cookies ni sebenarnya.Tapi entah di mana silapnya post tu hilang begitu saja.Takot jugak nanti bila dah keluar entri yang ini hari ni tiba2 esok lusa keluarlah pulak post yang hilang tu..musykil jugak ni tau..
German cookies ni akak buat awal2 puasa hari tu tapi tak keluarkan entri sebab bagi laluan pada tart nenas.Dengarnya german cookies ni ramai yang ambik dari rumah Rima.Singapore tapi akak ambik dari rumah Naz yang nuuuun dok di kelate tu.Naz pulak ambik dari rumah Happy Home Baking.Ketiga2 blog akak dah link kan.Nanti korang pegi lah ke rumah yang mana2 satu ya.Akak tak pasti pulak cookies ni asal usulnya dari mana.

Okay akak nak sambung buat kerja balik.Petang2 nanti lepas Ainul dan Wazir balik sekolah nak ke Seremban atau mungkin ke KL nak ngukur shopping mall.Fuuuh..betul2 last minit punya keje.Setiap tahun janji dgn diri sendiri takmo shopping last min,tapi tiap tahun tuuuuuu lah keje akak..Anak2 kata last min shopping baru ada feel mak.."Hah!!..banyaklah korang punyo feel.kito jugak yg susah..nak harung jem lautan manusia ni poning tau tak?..."..:D


German Cookies
by
anymz mykitchen
Sumber:Naz@COSK
Sumber Naz dari:Happy Home Baking


Bahan-bahan :
  • 125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
  • 40 gm gula icing, diayak
  • 1 teaspoon, untuk biskut perisa vanilla
  • 2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
  • 125 gm potato starch
  • 80 gm tepung kek/tepung gandum

Cara-cara :
  1. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
  2. Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
  3. Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang) menggunakan api atas dan bawah.



Wednesday 24 August 2011

Semperit Pandan

Assalamualaikum

Ini antara projek kukis main2 namanya.
Akak tak pernah buat biskut semperit tapi masa ronda2 ke rumah Naz tu hari rasa terpanggil pulak nak cuba buat sekut nih.Pada akak sungguh mudah nak buat biskut semperit tapi agak sukar nak menjaganya.
Proses menerap dan membakar sungguh mudah tapi kita kena cepat2 alihkan ke rak sebaik di keluarkan dari oven sebab biskut ni mudah patah bila dah sejuk.Akak juga nasihatkan bagi sesiapa yang tidak mempunyai masa yang banyak di nasihatkan tidak perlu celup biskut tu dgn coklat putih.Ambik masa sikit bila kita nak simpan dalam bekas kedap udara.Itu satu hal bila dah celup dalam coklat putih,kita kena sejukkan dulu atas redai.
Di sinilah kecerewetan nya bermula.Bila dah celup dgn coklat putih,kita perlu sejukkan dulu.Sudah tentu coklat akan melekat pada redai.Adeh sekso den.Akhirnya akak celup beberapa keping je.Selebihnya akak ikut cara Naz.Tabur dengan manik je sebagai hiasan..Rasa nya memang sedap lah kan,...tengok bahan pun kita dah tau.Mohon share resepinya di mykitchen pulak ya sebagai rujukan akak dan anak2 di masa akan datang.


Semperit Pandan
by
anymz mykichen
Sumber:Nas@COSK



Bahan A :
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan (Naz letak 1 tsp pandan emulco)
  • 1/2 tsp pewarna hijau
Bahan B :
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastad
Hiasan :
  • Coklat masakan putih dan gula manik

Cara-cara :
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan B dan uli rata.
  3. Gunakan acuan dan paipkan adunan. (Naz paip dan potong adunan kepada 1.5 inci setiap satu).
  4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
  5. Sejukkan biskut dan celup hujung biskut dengan coklat putih dan tabur dengan gula manik.

Snow Almond

Assalamualaikum semua

Masih mengukis lagi ke? Atau sudah siap pack semua barang2 dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertolak balik ke kampung masing2.Ada yang ambil cuti awal bagi mengelakkan kesesakan jalanraya.Ada juga yang bercuti sekarang tapi bekerja masa hari raya.Tak apalah kan.Demi tugas yang di amanahkan hendak tak hendak terpaksa pikul juga.
Hari ni akak nak bagi tau dan mengesyorkan pada pengunjung2 mykitchen supaya mencuba cookies yang di dapati resepinya dari rumah KakWan@resepicitarasawan ini.

Memang sedap sangat kukis yang di panggil biskut kaswi oleh en suami akak tu..katanya kalau tengok dari jauh ingatkan kuih kaswi katanya.'sabar ajelah' (petik kata2 IzahDaut.)
Walaupun di gelar kuih kaswi tapi 3 keping jugaklah sekali makan oleh en somi tu.Biskut terbaik selepas tart katanya..Lepas ni boleh promote biskut ni pulak..erkkkkk??!%$#@!..

Akak memang suka buat kukis dari berbagai rasa.Ada banyak jenis tapi dalam quantiti yang sedikit.Biasanya kukis kat rumah akak ni 4 hari raya sudah tinggal bekas je.Anak2 buah akak ramai.Ada 10 orang masih di peringkat sekolah rendah dan tadika.Mereka ni semua memang balik berhari raya di rumah akak..akak mohon pada kakwan untuk kongsi resepinya di mykitchen pulak ya.semoga rahmat Allah sentiasa bersama kakwan dan keluarga dan terimaksih kerana menganugerahkan kepada kami semua resepi biskut yang memang sedap di tekak keluarga kami.



Snow Almond
by
anymz mykitchen
Resepi:Kak Wan


Bahan A
260 gm butter
150 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
50 gm serbuk badam

Bahan B
300 gm tepung Red Rose
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung

Bahan Hiasan
Coklat masakan - cairkan cara double boiler
Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut




Pukul bahan A hingga berkrim
Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
Sejukkan biskut atas redai
Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Tuesday 23 August 2011

Biskut Coklat Almond

Assalamualaikum semua

Sudah hari yang ke 23 kita berpuasa hari ini..InsyaAllah dalam seminggu kita akan menyambut lebaran.bagi yang akan balik ke kampung halaman tu mesti sedang seronok packing barang2.mesti tak lelap tidur memikirkan sambutan perayaan dan bertemu dgn yang tersayang.
Akak seperti biasa lah tak kemana2.Hanya menunggu kepulangan adik2 dan anak2.InsyaAllah semoga mereka semua selamat sampai..
Akak buat coklat almond ni dua hari lepas.sebenarnya akak sentiasa tercari2 resepi almond london yang rangup.Bila akak jumpa resepi ni di majalah saji beberapa tahun yang lalu terus akak tergoda dengannya.Resepi asal bernama coklat almond tapi hiasannya akak buat seperti london almond..sama aje lah tu..janji almond jugak kan?
Memang sedap resepi ni.Tekstur biskut nya memang cukup rangup atau crispy.Mungkin di sebabkan ada tepung beras dalam adunan ini.Biasa kalau akak buat biskut,akak akan kaji dulu bahan2 nya..Takmo hentam keromo je buat biskut yang mana akibatnya akan terbuang begitu saja.
Bagi sesiapa yang tercari2 resepi almond london yang agak crispy boleh lah cuba resepi ni pulak.


Biskut Coklat Almond
by
anymz mykitchen
Resepi:Zalina Yahya
(majalah Saji 2006)

Bahan A

180 gm mentega
70 gm shortening
1/2 cawan gula halus
1/2 sk esen vanila
1/4 sk garam

Baan B

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
2 1/2 cawan tepung beras

Bahan C

Badam bakar (potong 2)





Cara

Kacau bahan A hingga sebati.
Masukkan bahan B sedikit demi sedikit.
Uli sebati sehingga menjadi doh
Ambil sedikit adunan,isikan dengan badam bakar.
Bakar selama 25 min pada suhu 175C.
Selepas biskut sejuk celupkan ke dalam coklat cair yang di masakkan secara double boiler.Hias dengan badam cincang.
Masukkan ke dalam cawan kertas


Monday 22 August 2011

Biskut Nestum

Assalamualaikum

Rasanya tahun ni antara tahun yang paling banyak akak mengukis.Balas dendam betul sebab tahun2 yang lepas akak sibuk ambik order buat tart.jadi biskut raya akak selalu di belikan oleh adik2.Tahun ni bila akak berhenti ambik tempahan barulah akak ada masa untuk mengukis semula dan memenuhkan meja hidangan dengan kukis buatan tangan sendiri seperti zaman2 masa muda belia dulu..kekeke
Terus terang akak tak pernah buat biskut nestum.Tapi kali ni akak agak terguda dengan resepi biskut nestum kakwan ni setelah merempit ke rumah yatie tu hari..TerimaKasih yatie dan kakwan kerana sudi kongsi biskut nestum yang sungguh sedap nih.
Akak letak resepi ni di mykitchen pulak ya buat rujukan anak2 dan akak sendiri di masa akan datang.



Biskut Nestum
by
anymz mykitchen
Resepi:Kak Wan


Bahan-bahan (Yatie buat 2 adunan dari resepi asal)
  • 260 gm mentega
  • 40 gm shortening
  • 100 gm gula kaster
  • 2 sudu teh esen vanilla
Bahan B
  • 280 gm tepung rose
  • 40 gm tepung jagung
  • 100 gm nestum dikisar halus
Hiasan: Kuning Telur dan Nestum



Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 150C.
  2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap dengan acuan. Sapu dengan telur dan tabur nestum diatasnya.
  4. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150C selama 25- 30 minit (Yatie bakar dlm 35 minit, bergantung pada oven masing2 ya)
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Nasi Goreng Cina

Assalamualaikum semua

Pagi2 ni kita tayang menu iftar akak sekeluarga semalam ya.
Bila dah dekat nak hujung2 ramadhan ni,mula lah menu2 berbuka kita masak yang simple2 aje kan?Maklum kerja semakin banyak..nak buat itu nak buat ini.Masa pulak rasa macam jeles je kat kita..Cepat je jarum jam tu pergi ke pukul 4pm..
Semalam masih lagi membizikan diri dgn projek kukis yang tak sudah2.Maklum rumah akak menjadi tumpuan sanak saudara dan adik beradik.Biasanya petang satu hari hari raya tu adik2 sudah mula berkumpul.Anak2 saudara yang kecik2 tu sedang membesar.Masing2 akan duduk di meja makan tu berjam2 mengadap biskut.Pandai pulak tu pilih biskut yang kita buat je.Biskut beli tak cedap katanya..wakaka..
Maka pagi ni akak post menu berbuka akak semalam iaitu nasi goreng cina.simple je.resepi pun simple.makan dgn ayam sambal kat bawah nun..resepi ayam sambal nanti2 akak letak.
Okay lah nak sambung mengukis lagi.
Oppss..dengarnya IzahDaut dan Hasuriah Tahir dah lengkap mengukur shopping mall ya.Akak belum lagi.Baju raya anak2 perempuan ni pun belum di ambil lagi..huhuhu...bizi..bizi..




bahan2

nasi sejuk

10 ekor udang/1 mangkuk kecil isi ayam/sotong
4 ulas bwg putih di titik
1 sudu kecil lada hitam.lada sulah pun boleh
mixed vege
1 butir telur
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar minyak masak


cara2

panaskan minyak.

tumis bawang putih.gunakan api sederhana
masukn udang.
masukn kiub
pecahkan telur dan hancurkan dlm kuali
masukn nasi
masukn lada hitam/sulah/putih

kacau rata dan masukn sos tiram
akhir sekali masuk mixed vege dan daun bawang dan daun sup jika suka


*lagi sekali akak tak letak garam sbb sos tiram dan kiub tu dah cukup masin


Sambal ayam
Akak ni tekak org melayu mesti nak ada pedas2 sikit.Makan nasi goreng yang tak pedas dengan sambal ayam.licinnnnn..

Sunday 21 August 2011

Biskut Kacang Mazola

Assalamualaikum

Dan selamat berhujung minggu semua.Hari ni takde bebel2.Banyak kerja yang perlu di bereskan sebelum projek membako kek bermula.Hari ini jugak semua projek kukis harus di selesaikan sebab tart permintaan adik dan sepupu masih belum buat lagi.Haisshh....ni yang maleh ni..Rasa dah jemu pulak nak mengetart...
Semalam selesaikan biskut kegemaran en suami dulu.kalau tidak mau masam 44 hari muka pakcik tu.Resepi akak ambil dari rumah Ika@Arah.Pernah juga buat mazola sebelum ni.Resepi nya tak jauh beza.Jom tengok resepi yang simple dari kak LiliDvalley.maaf ya linknya kita tak dapat buka.Nanti kalau dah dapat bukak,kita edit semula.TerimaKasih di atas sumbangan resepi.


Biskut kacang Mazola
by
anymz mykitchen
Resepi: Kak LiliDValley MyR (maaf tak dapat buka link ni)


Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
  • Kuning telur



Cara-cara

  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan

Friday 19 August 2011

Biskut Badam Rangup

Assalamualaikum semua

Hari ni kita keluarkan entri sekut lagi ya.Semalam kami berbuka di luar.Ada kawan en somi mengajak berbuka dgn masakan Thai.Memang pucuk di cita ulam mendatang bagi keluarga sebab baru dua tiga hari lepas Amir mintak akak buatkan tomyam.memandangkan yang kami akan berbuka makanan Thai terus akak minta Amir bersabar barang sehari dua.Makanya semalam lepaslah hajat si Amir dan puas hati gamaknya tu sebab akak tengok sampai 3 kali dia menambah nasi.(wey,malu arrrrrrr dah lah makan pree kan? Anak pulak makan sampai tak hengat.nak balas dendam katanya sebab lepas ni tak dpt makan best2 lagi.ko pun mir,kok ya pun....).hehehe.........
Makan makanan Siam teringat kat Ijah@Ika mek Siam nun.Akak gi skodeng dapur dia yang banyak sekut mazola tu kan,terus akak angkut sekut badam yang sememangnya rangup dan sedap.Ika ambik resepi kat rumah CMG.TerimaKasih CMG.Terimakasih Ika.Akak panjangkan resepi nya di dapur akak pulak ya.Mintak halalkan ya.
Dulu2 memang akak buat biskut badam yg ada ketiga2 jenis tepung ni.Puas mencari buku yg hilang.tak jumpa2.Bila tgk kat dapur Ika ada resepi sekut menggunakan ketiga2 tepung gandum,kastad dan jagung,memang akak tak buang masa.Bagi peminat2 biskut badam cuba lah resepi ni.memang tidak akan menghampakan kalian...Cuba lah...........


Biskut Badam Rangup
by
anymz mykitchen
Resepi:CMG




Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)

1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*

100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)


Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya






Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Wednesday 17 August 2011

Tat Nenas Gebu

Assalamualaikum semua

Inilah yang di tunggu2 oleh IzahDaut..(ya ka?) hehe
Seperti yang telah akak janjikan semalam.Akak akan keluarkan resepi tat nenas yang di minta oleh pengunjung2 mykitchen..
Resepi ni dah lama sangat.Akak dapat resepi ni dari makcik akak yang tinggal di Bangi nun.
Masa tu kalau tak silap anak yang sulong baru berumur dua tiga tahun.
Akak memang penggemar kuih tat.Saban tahun sejak dari zaman persekolahan ,akak sering mencari tat yang cair dalam mulut.Susah betul nak dapat.Alhamdulillah akhirnya bertemu juga.

Perlu akak tegaskan di sini resepi asal tat ini ialah dalam kiraan oz.Setelah meminta bantuan en somi maka inilah hasilnya.Akak minta buat pengunjung2 mykitchen yang ingin mencuba,mulakan dengan perlahan2 dulu.Masukkan tepung jangan sekaligus.Masukkan sedikit demi sedikit.Doh tat ni memang lembut.Biasanya akak tidak menggunakan air sejuk.Adunan tu sudah sedang elok je.Air sejuk di gunakan andai adunan menjadi keras di sebabkan angin dan sebagainya.Akak letak 115 gm sebab kiraan tu bersamaan dgn 4 oz.
Ini lah tat yang hasil jualannya telah membawa akak melancong ke beberapa negeri dan negara.
Akak hargai sangat2 resepi tat ni.TerimaKasih buat tuan punya resepi asal andai ada terbaca ni.
Akak akan rasa bersyukur sangat2 andai ada teman2 yang berjaya menghasilkan tat gebu ni dan berjaya menjadi kan ia sebagai pendapatan sampingan.



Tat Nenas
by
anymz mykitchen
Resepi:Ibu saudara anymz




Perhatikan kulit yang nipis dan isi yang tebal.
Ini lah rahsia sebenar yang memikat para pelanggan.
Di letakkan harga yang tinggi sekali pun mereka pasti menempah lagi tahun demi tahun.
Selamat Mencuba


bahan2 pastri

4 oz butter- 115 gram
4oz minyak sapi- 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum-450 gram
sedikit garam
air sejuk


cara

Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan seperti gambar di bawah.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min


Untuk Inti Puan2 boleh gunakan seperti biasa.samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.

Akak biasa buat

10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

cara

kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan



Ini la acuan yang akak gunakan

Serawa Durian

Assalamualaikum semua

Bulan2 posa ni macam2 yang buat tekak kita teragak nak makan kan?
Kalau ke bazar ramadhan tu memang tak cukup tangan nak bawa balik juadah2 yang memikat selera..Mujur sejak awal ramadhan hingga kini baru dua kali akak bertandang ke bazar ramadhan tu.Itu pun sebab nak makan murtabak dan karipap.Karipap tu di goreng di situ juga jadi kita boleh dapat karipap panas di bazar ramdhan di tempat akak ni.Sedap?Memang sedap.Ada pelbagai jenis inti.ayam,daging dan sardin.
Serawa durian ni termasuk dalam salah satu menu yang akak teragak sgt nak makan.Apa lagi lepas tengok CMG post kat blog beliau bbrp hari yang lepas.Akak kopipes je resepi dari dapur CMG.Izinkan akak kongsikan di sini ya CMG.minta halalkan resepi.Selalu akak buat main lebur je tak pernah nya nak sukat2 tengok resepi tapi kali ni akak copy buat rujukan anak2 akak di masa akan datang nanti.

Serawa Durian
by
anymz mykitchen



Bahan Pulut:
1 kg pulut, rendam 30 minit
1 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul
Air secukupnya

Bahan Kuah Serawa:
1 biji durian
1/2 ketul gula melaka (mat guna 3/4 cawan gula merah timbang)
1/2 cawan gula pasir (manis ikut tekak masing2)
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
1300 ml santan
1/2 camca teh garam
1 camca besar tepung gandum*
1/2 cawan air*(*digaul sebati)

Cara membuatnya:
  1. UNTUK PULUT:- Panaskan kukusan. Toskan pulut yang direndam tadi, masukkan dalam loyang atau bekas yang muat untuk dimasukkan dalam kukusan. Tuang santan cair, masukkan garam (gaul rata) , daun pandan dan tuang air sehingga sama paras dengan pulut. Kukus 20 minit, kemudian, gaul pulut tadi dan kukus lagi 15 minit hingga pulut masak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA:- Masak gula melaka dan gula pasir dengan 1 1/2 cawan air hingga mendidih dan gula larut, tapis air gula ke dalam periuk. Masukkan durian, daun pandan, garam dan santan. Masak hingga mendidih dengan api sederhana. Rasa kuahnya jika kurang manis tambah gula mengikut kesesuaian. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dan gaul rata. Masak hingga kuah pekat. Boleh dihidangkan bersama pulut tadi...


Puff Pastry Inti Sardin

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Pagi buat semua pengunjung2 mykitchen.
TerimaKasih akak ucapkan di atas kesudian teman2 untuk bertandang ke sini.
Kesedihan masih melanda di persekitaran kawasan tempat tinggal akak ni.
Walau pun arwah tidak ada pertalian darah dengan kami tapi dengan pemergiannya menemui pencipta dalam keadaan mengejut membuatkan kami semua berada dalam keadaan dukacita yang amat sangat..Apa lgi bila mendengar suara anak tunggal lelakinya mengalunkan azan..masih sengau lagi suara Aidil (anak arwah) menandakan dia masih lagi menangisi pemergian arwah ibunya...:(

Akak buat pastry puff sardin untuk iftar semalam.
Badan masih lagi rasa sengal sebab kurang tidur.Guna apa yang segera aje lah.Tengok dalam freezer masih ada lagi baki pastry 'kawan' ni.Kira ini dalam projek nak menghabiskan apa yang patut lah kan..Kena clearkan freezer tu sebelum syawal.
Akak buat puff inti sardin.Senang kerja.Nak resepi ke?..
Tak apa,.. akak letak buat rujukan anak2 di masa akan datang.



bahan-bahan

6 keping pastry puff jenama 'kawan'
1 tin sardin tin kecil-keluarkan isinya dan hancurkan
1 biji cili hidup-di buang biji dan potong halus
1 ulas bawang besar-saiz sedang-di potong dadu
sedikit garam
1 biji limau kasturi-di perah ambil jusnya

cara

Panaskan oven 180C
Sapu acuan dengan marjerin
Semua bahan di atas di gaul bersama.Letak garam dan jus limau.ketepikan
Bentang pastry di atas landas yang di sapu sedikit tepung untuk mengelak dari melekat
Letak inti sardin dan lipat tiga
Tekan2 hujung pastry supaya ia melekat.
Akhir sekali tekan hujung yang melekat dengan garfu dan sapu permukaan dengan kuning telur
Bakar hingga masak


Gambar ehsan dari google

Buat semua kazen yang bertanya,inilah rupa puff pastry jenama 'kawan'
Boleh beli kat mydin,kat Giant.
Inti ikut suka korang lah ya.Jangan letak sambal belacan sudah.
Nak hidangkan masa raya?..Boleh aje..:D

Tuesday 16 August 2011

Daging Goreng Ala Cina

Assalamualaikum

Entah kenapa mood nak makan chinese food tiba2 menusuk ke anak tekak..
Ini semua di sebabkan mood berkemas tiba2 datang.Akak menyusun majalah2 lama lalu terpandangkan buku Chinese food dari chef Nazira Noran.Belek punya belek punya belek sehingga hampir2 terbatal puasa..Takleh jadi terus tulis bahan2 yang perlu di beli.Alamak daging takde..Alah beli je daging frozen tu..adeh tak pernah beli daging frozen tapi sesekali apa salahnya mencuba kan?..Kena lah rebus dulu hingga empuk.takut lambat empuk pulak nanti.

Perlu akak tekankan di sini bagi sesiapa yang suka makan chinese food,resepi ni memang di akui terbaik di tekak kami seisi rumah.fullmark lah.Azfar anak sulong akak tu hirup2 kuahnya..
Memang sedaaaaaap sangat..terima Kaseh chef kerana sudi bukukan hidangan Cina ni dan izinkan akak share di sini pulak ya..

Daging Goreng Ala Cina
by
anymz mykitchen
Resepi:Chef Nazira Noran

Bahan-bahan

300 gm daging batang pinang
(di potong nipis dan di perap dgn sedikit garam)
1/2 biji cili capsicum hijau
1/2 biji cili capsicum merah
1/2 biji cili capsicum kuning
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
kesemua bahan di atas di potong memanjang
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos hoisin-ini akak tambah
1 sudu makan kicap manis
sedikit serbuk lada putih
sedikit gula
sedikit daun ketumbar
sedikit daun bawang
1/2 cawan air
1 sudu makan minyak bijan
minyak masak



Cara

Perapkan daging sekurang2nya 10 min.
Panaskan sedikit minyak dan goreng separuh masak daging yang di perap.
Masukkan halia dan bawang putih,tumis hingga wangi dan gaulkan daging tadi hinggas ebati.
Masukkan sos tiram,sos hoisin,kicap manis dan goreng lagi.
Masukkan air dan biarkan mendidih bagi melembutkan daging.
Masukkan serbuk lada putih ,sedikit gula dan goreng hingga daging empuk.
Akhir sekali masukkan cili capsicum.daun ketumbar dan daun bawang.
Hidangkan panas2..



Monday 15 August 2011

Entri Syahdu Dari MyKitchen


Assalamualaikum semua


Kematian pasti akan datang.Tidak lewat walau pun sesaat.Itulah janji Allah dan telah membuatkan kami benar2 insaf..
Ajal telah tiba dan jatuh itu adalah hanya penyebabnya.
Ya,malam tadi tepat jam 12.16 pagi akak mendapat panggilan telefon mengatakan maksu telah pergi buat selama2nya di usia 46 tahun meninggalkan tujuh orang anak.
Penyebabnya hanya jatuh.Kejadian bermula apabila maksu terlupa menarik brek tangan keretanya.Lalu kereta itu menggelungsur dan hampir melanggar tembok dapur rumahnya.maksu cemas dan cuba menahan kereta tersebut lalu terjatuh.
Entah mungkin terlanggar objek yang keras.kecederaan dalamannya di dapati amat serious.Limpa nya terus di buang.Tulang pelviknya patah manakala usus besarnya bocor.Tidak nampak langsung luka di luar.
Masih terbayang2 lagi di ruangan mata ni bagaimana anaknya memeluk akak sambil berkata..'Acik ibu dah tak ada'.

Masih basah mata ini bila teringatkan suaminya berucap dan berkata saya redha di atas setiap perlakuannya.Pergi lah saya redha.
Masih teringat2 akan perilaku anak bongsunya yang berusia 9 tahun mengaji tanpa henti2 sambil mengalirkan airmata laju di pipi..
Sederet anak daranya seramai enam orang termasuk si kecik memandikan jenazah ibunya.
Satu2 anak terunanya yang berusia 11 tahun ibarat seorang imam menerajui bacaan al Quran.
Syahdunya tak dapat akak ucapkan.
Selewat jam 3 pagi akak pun balik kerumah bagi menyediakan makanan untuk keluarga arwah bersahur..Akak hanya sempat buat telur masak kicap je untuk mereka adik beradik termasuk ayahnya.Laukpauk akak masa berbuka semua sudah kehabisan.hanya itu saja yang dapat akak hidangkan buat mereka dan juga keluarga akak sendiri.

Kisah maksu telah akak postkan di entri yang lalu.Cerita yang akak keluarkan tentang nak hantar Amir buat medical checkup semua telah di tunda.Entah bila belum di ketahui lagi.

Nasi Goreng Sardin tu akak buat untuk berbuka hari ini.Hanya itu yang sempat akak masak kerana sibuk di rumah arwah menguruskan jenazah dan sebagainya.Tidur pun tak cukup ni..
Babai dulu.InsyaAllah nanti akak BW ke rumah teman2 ya..


*maksu merupakan saudara jauh yang tinggal berdekatan dgn rumah akak.


Kek Butter Biasa

Assalamualaikum

Entri hari ni merupakan entri auto post.Agak kesibukan sekarang ni..Bukan sebab buat kuih dan sebagainya tapi ada beberapa perkara yang berlaku di sekeliling akak ni..Hari ni akak perlu menghantar Amir, anak bujang akak yang nombor 4 tu buat medical checkup dan segala kehendak keperluan untuk dia mendaftarkan diri masuk Universiti selepas raya ini nanti.Akak juga perlu menziarahi jiran tetangga merangkap saudara jauh yang sedang sakit seperti akak nyatakan di entri yang lalu.
Kek ini sebenarnya kek biasa.Kek yang pertama akak buat sebaik aje akak mula belajar membaking.Kira ini kek asas lah kan..Simpan resepi ini buat rujukan anak2 dan kalian yang baru nak belajar membaking..
Sukatannya pun menggunakan gelas bagi menunjukkan betapa lamanya resepi ini.Akak dapat resepi ni dari seorang jiran masa akak tinggal di AlorStar 27 tahun yg lalu.(Sudah banyak yang akak tokok tambah bagi mengikut kesesuaian rasa utk selera masa kini.)
Masa tu akak baru lagi mendirikan rumahtangga..Baru nak belajar berjinak2 di dapur.baru nak mengenal oven dan sebagainya.Tinggal pula jauh dari ibubapa.Hanya jiran2 yang merupakan pangkat makcik2 atau nenek2 yang menjadi tempat akak bertanya hal2 berkaitan dapur dan tip menjaga anak..Meh kita tengok resepi...

Kek Butter Biasa
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan

1 gelas butter/marjerin
1 gelas gula-boleh kurangkan jika tak mahu manis
5 biji telur gred B
2 gelas tepung
2 sk ovalette
1 sk esen vanila atau esen oren

Cara

Panaskan oven 170 dan alas acuan dengan kertas dan sapu acuan dgn marjerin.
Pukul telur dgn gula
masukkan butter
masukkan esen dan ovalette
masukkan tepung
kesemuanya tidak perlu di putar terlalu lama.
cukup sekadar di putar sebati
Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 min mengikut kesesuaian oven masing2.


kek ni memang moist.

Sunday 14 August 2011

Agar-agar Santan Pandan

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Berhujung minggu..
Agar-agar ni akak buat semalam sebagai buahtangan ke surau sebab ada majlis di surau berdekatan rumah akak ni..Banyak ilmu yg di pelajari dan insyaAllah dapat di manfaatkan dan boleh kita kongsi bersama suatu hari nanti.
InsyaAllah hari ni rasanya nak menziarah seorang saudara jauh yang tiba2 jatuh dan kedengaran luka pendalamannya sudah di peringkat tahap serious.Itulah dia kan,kdg2 kita tak tau,hari ni kita sehat,esok lusa kita di uji.Masih muda lagi.Penyebabnya cuma jatuh je..Semoga dia cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa walaupun mungkin lepas ini kehidupannya mungkin tidak lagi seperti dulu..
Agar2 ni tidak berapa nak menjadi kepalanya tu..tapi takpelah janji dapat menyumbangkan sesuatu untuk di makan bersama waktu berbuka.Rasa dia memang sedap.manisnya sudah sedang elok je tu.Resepi dah agak lama akak simpan dari rumah hana cikgu manis tu yang mana resepi asalnya hana ambik dari rumah ummi@homesweethome.
TerimaKasih kepada keduanya atas resepi ini.Akak tepek kat sini kedua2 resepi untuk memudahkan akak membuat rujukan di masa akan datang.


Agar-agar Santan Pandan
by




Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 1100 ml air
  • 170ml air campur 1 paket santan serbuk - hana guna santan pekat
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  • Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
  • Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
  • Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
  • Tuang kedalam loyang atau acuan.
  • Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.

Resepi Agar-agar Santan

Bahan-bahan
  • 25 gm agar-agar tali (dalam paket)
  • 1150 ml air 2 paket santan serbuk + 750 ml air (dibancuh jadi santan pekat)
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 biji kuning telor
  • 2 helai daun pandan (disimpul)/perisa pandan
  • beberapa titis pewarna hijau
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
  • Basuh agar-agar dan jerangkan bersama air hingga mendidih.
  • Pastikan agar-agar benar-benar larut, masukkan gula, daun pandan dan pewarna hijau. Sederhanakan api dan masak lagi hingga gula larut.
  • Sementara itu kacau santan, garam dan telor hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk.Kacau selalu santan dengan api sederhana hingga nampak santan berbintil-bintil (naik jadi lumut gitu).
  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
  • Sejukkan sebentar di luar barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.