Thursday 16 June 2011

Roti Sosej

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah semua sudah berbuka?..selesai sudah puasa sunat khamis di bulan rejab ni kan..semoga Allah swt memberkati dan menerima amalan kita semua..insyaAllah aminnnn.

Akak buat roti ni sebagai juadah kosek2 selepas berbuka..selepas selesai bacaan yasin.sambil nonton TV tak tau nak buat apa kan.apa lagi makan lah ya tak?..sedap betul buat roti gaya gini..
Resepi akak cilok dari rumah CMG tu,tapi gaya gini akak ambik dari rumah kakpah Aulad dari dapur ibundo..cuma satu nasihat akak jangan jadi gelojoh macam akak..dengan sifat yang tak sabar sudahnya roti ni tidak menepati piawaian..tak cantik..kakpah guna cup yang sedikit lebar,sedangkan akak guna cup yang biasa buat cupcake tu..apa lagi tergelebeh je roti tu ke bawah..kesiannnnn


Roti Sosej
by
anymz mykitchen
resepi:CMG
source:KAKPAH..



BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
14 batang sosej "Ayamas"
Bijan untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2)
  2. UNTUK SOSEJ ROLL :- Celur sekejap sosej, tos, sejukkan dan lap kering. Tumbuk doh untuk membuang udara, bagi doh pada 14 bahagian. Ambil satu bahagian, tarik sikit dan lilit pada sosej, tapi pastikan hujung dan pangkal sosei tidak tertutup. Lilit dengan kaedah menindih dan hujung doh diselitkan bawah lilitan, tujuan untuk mengelakkan dok terbuka bila kembang nanti. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Biar 45 minit, sapu baki telur dan tabur dengan bijan. Bakar 25 minit pada suhu 190C dalam oven yang telah dipanaskan hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..
sebelum bakar dah tau dah..tu nampak tu.tergelebeh je keluar dari mangkuk.

bila dah bakar bersepah2 mix vege tu jadinya

akan buat lagi..tak puas hati.
tapi memang sedap buat style gini..
Lepas ini akak nak try resepi kakpah pulak..
caiyok la kakpah..resepi2 akak memang best..



12 comments:

Zalieda Zaliedana said...

Kak Nim,roti tergelebeh xpo,jgn perut yg tergelebeh,hihi.janji roti nih sodap udah la kak..Rajin skang meroti sejak ado en bm ek..Baru pas mkn takoyaki nih,kalo x,mmg nak mnta gak roti akak nih,laksa sarawak pon da lgi cikit smpn hubby dinner nanti..

ibundo said...

kehkehkeh.. asal sodap dah...

K.Nor said...

betul kata ct tu k.nim.. tk kisah lah roti tergelebih pun, janji sendiri buat.. tu yg mahal tu.. sedapkan boleh makan roti homemade ni.. nak2 makan panas2 tu.. dgn wangi jer bau masa bakar.. tu yg buat nor sukerrrrrrrrrrrrrrrr sgt buat roti lagi pun anak2 mmg sukerrrrrrrrrrrrrrrr dgn roti yg emak dia buat hehe

Amie said...

assalam,
mmmm... kalau yag ini mmg anak2 amie berebut....

Unknown said...

kak anim, sedapnya bau roti ni..haha nieza suka tapi angin nk meroti dh lama tido bila nk merajinkan diri meroti tak taula...hehe

anymz said...

to zaliedana
betul tu kan ct?...boleh pengsannnn kalo perot tergelebeh...hehe

anymz said...

to kakPah
wah..sengih2 akak yo..hehe

anymz said...

to nor
nor,sejak pandai buat roti ni memang puas rasanya kalau anak2 makan yang kita buat sendiri kan?..tak kisah lah pada rupa bentuknya..alhamdulillah inilah indahnya dunia blog masak2..yang tak tau jadi tau..dah tau jadi mahir..

anymz said...

to amie
anak2 ni kalau ada sosej cukup suka :)

anymz said...

to nieza
ya la nieza..nak meroti ni pun kena ada mood jugak kan?..walau guna BM sekali pun kalo takde mood pun tak jadi kan?

ijayuji said...

Salam kak! roti sosej ni pun sedap! kita kalau sosej dibuat mcm ni kita suke tp kalau setakat sosej jerr kureng sikit hihihi....

Mas said...

akak..memang gebu jerk nemgok roti sosej tu.....